
- Sebelum menceburi bidang usahawan, Dato’ Jah bekerja makan gaji dengan syarikat swasta (vendor) dalam bidang I.T. selama 20 tahun.
- Beliau mula bekerja pada usia 23 tahun, iaitu sebaik sahaja tamat pengajian Bachelor Sains Komputer di peringkat Universiti pada tahun 1989.
- Bermula sebagai Trainee, Analyst Programmer, System Analyst, Senior SA, Project Manager, sehinggalah jawatan terakhir beliau sebagai Head of Department, kesemuanya beliau specialized dalam bidang Software Development.
- Beliau merupakan pekerja cemerlang syarikat secara konsisten – mendapat kenaikan pangkat yang paling cepat, kenaikan gaji yang paling banyak, wanita pertama menjawat jawatan peringkat senior management, & paling muda.